Entries Profile +Follow Dashboard
Bangunan Bersejarah.
Thursday 18 October 2012 [0] Monster


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.
Kebanyakan bangunan lama merupakan pusat pentadbiran , pertahanan , pendidikan dan keagamaan.
Kini, bangunan tersebut dijadikan warisan sejarah. Tahukah anda, bekas rumah kediaman pemimpin
juga meruipakan bangunan bersejarah?

Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur dibina pada tahun 1897 oleh British.Bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran British pada masa itu.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gah pada masa itu.

 Bangunan Stadthuys di Melaka. Bangunan ini dibina oleh penjajah Belanda sebagai pusat pentadbiran.



Stadthuys ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.

                                Masjid Tengkera di Melaka dibina oleh pedagang Islam.
Masjid ini merupakan masjid lama yang terletak di Jalan Tengkera yang berdekatan dekat Jalan Gajah Berang. Masjid ini telah dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah pertama kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga merupakan masjid kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.

Bangunan masjid ini bersegi empat dan ditutup oleh bumbung berlapis tiga. Bentuk seni bina masjid ini hampir menyerupai Masjid Kampung Laut di Kelantan dan Masjid Demak di Pulau Jawa, Indonesia. Perkara yang ganjil tentang masjid ini ialah terdapat sebuah menara yang mempunyai seni bina yang sama dengan pagoda. Menaranya diperbuat daripada batu dan reka bentuknya jelas memperlihatkan kombinasi seni bina Cina dan India.

 Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak dibina oleh British pada tahun 1905 bagi tujuan pendidikan.



Kolej Melayu Kuala Kangsar atau nama ringkasnya Kolej Melayu Kuala Kangsar, merupakan sebuah Kolej yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak. Pada 2009, Kolej Melayu Kuala Kangsar memiliki 543 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 543 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali Malay College, MCKK, MC atau Koleq, dan kadangkala Eton of the East) atau (Inggeris: Malay College Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.

Kota Margherita di Kuching, Sarawak, dibina oleh keluarga Brooke sebagai kubu pertahanan semasa memerintah Sarawak.
 
Kubu Margherita di bina pada 1878 dan siap pada tahun 1879 dengan jumlah kos 8,100 Dolar Spanish. Terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman Brooks. Tempat ini dikelilingi oleh Kampung Melayu. Kubu ini dinamakan 'Fort Margherita' bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret.. Dengan kedudukan yang strategik di atas bukit mengadap lencongan Sungai Sarawak, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Rajah Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi.Pada tahun 1932, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat Renjer Sarawak. Pada asalnya iaitu sebelum tahun 1934 hanya terdapat bilik tahanan tetapi telah ditambah menjadi kubu. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941. memandangkan bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi, pada tahun 1971 kubu ini telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance (Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak, 1993).

 Seri Taman, iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak, di Kuala Lumpur dijadikan memorial peringatan.

Bangunan ini dibina pada 1997 dan siap pada 1999, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman. Penghuni pertama kediaman ini ialah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ini mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.

Sekian , terima kasih. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.





NEWER POSTS