Pengekalan Warisan Kesenian
Friday, 19 October 2012 [0] Monster Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pelbagai cara dilakukan bagi memastikan
warisan kesenian dapat dikekalkan. Lihat di bawah. :)
Kuat Kuasa Undang-Undang :-
Akta Warisan Kebangsaan 2005
Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005. Melalui akta ini, beberapa bidang kesenian didaftarkan sebagai warisan negara. Oleh itu, sesuatu warisan kesenian akan dilindungi dan dipelihara melalui undang-undang tersebut.
Pendokumentasian :-
Pendokumentasian warisan kesenian dalam cakera padat.
Usaha pendokumentasian bidang kesenian dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan(KeKKWa). Pendokumentasian dilakukan dalam bentuk rakaman audio, visual dan penulisan buku. Usaha ini membolehkan para pengkaji membuat rujukan dan penyelidikan.
Pendidikan :-
Pelajar kursus seni teater mempersembahkan pementasan teater bangsawan.
Banyak bidang kesenian diajar di institusi pengajian tinggi tempatan. Para pelajar diberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kesenian. Antara institusi tersebut ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA , Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Kraf Negara.
Assalamualaikum. Sekian, terima kasih.
|