Entries Profile +Follow Dashboard
Sumber Sejarah
Thursday 18 October 2012 [0] Monster

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Tahukah anda bagaimana ahli sejarah mengkaji sesuatu peristiwa? Ahli sejarah mengkaji sesuatu peristiwa menggunakan sumber sejarah seperti dokumen dan artifak.
Sumber sejarah ini mengandungi perincian tentang masa lampau seperti tarikh, tempat, tokoh terlibat dan faktor-faktor berlaku sesuatu peristiwa.

Dokumen :-


Dokumen merupakan bahan bertulis dan bercetak. Antara dokumen tersebut termasuklah surat rasmi, surat perjanjian, akhbar , fail rasmi jabatan , manuskrip dan rekod-rekod mesyuarat.

Artifak :-

Artifak merupakan objek dan peralatan ciptaan manusia. Antara artifak tersebut termasuk tembikar dan peralatan yang diperbuat daripada logam.
 

OLDER POSTS NEWER POSTS